seteLah

| | 2 comments »
salam

asalnya xde nk tulis pape tapi tiba ada peristiwa yang berulang.setelah setahun 24hari..harap2 perkara ni xberulang lagi..semua benda ada limit dia..jadi jangan la kita melepasi sempadan tu..buruk akibatnya..sekadar peringatan diri..

menggapai maghfirah illahi

| | 1 comments
salam

beberapa hari lagi ramadhan menjelang..bulan terbaik..kedatangan bulan ramadhan selepas bulan rejab dan syaaban yang tidak kurang hebatnya..jadi aku nk citer sikit pasal kelebihan bulan ni..untuk pembangkit semangat kita..so antara kelebihannya.

1."dari abu Hurairah r.a berkata:rasulullah s.a.w bersabda:sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu."-riwayat imam Nasai-.

pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat..puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat dan mampu menghapuskan segala dosa2 yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.


2."dari abu hurairah r.a berkata:sabda rasulullah s.a.w: apabila tibanya Ramadhan akan dibuka pintu2 syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan."-riwayat imam bukhari dan muslim-.

pintu syurga dibuka sepanjang ramadhan manakala pintu neraka pula ditutup..ini menunjukkan Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.syaitan pulak kena ikat sepanjang bulan Ramadhan untuk kita menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan..tapi kita perlu ingat bahawa nafsu akan menggantikan syaitan supaya kita lalai.

3."dari abu hurairah r.a berkata:nabi s.a.w bersabda:setiap amalan anak Adam bagi-NYA melainkan puasa maka ia untukku dan aku akan membalasnya.dan puasa adalah perisai maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata:sesungguhnya aku berpuasa demi tuhan yang mana diri nabi muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau kasturi dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya."-Hadis riwayat imam Bukhari-.

kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja..bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi.orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak..di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong dan tak meninggikan suara apabila bercakap.

4."rasulullah s.a.w bersabda:sesungguhnya Allah memiliki hamba2 yang dibebaskan dari neraka setiap siang dan malam dalam bulan Ramadhan, dan semua orang muslim yang berdoa akan dimakbulkan doanya"-riwayat bazzar-.

adakah kita antara orang2 yang dibebaskan dari neraka.perbanyakkan doa pada bulan ramadhan.semoga doa2 kita di makbulkan.

semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama2 menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.sebenarnya byk lagi kelebihan yang ada.
so kalau boleh kita kejar segala kelebihan yang ada.

jangan pulak kita dapat benda lain..kita kene mengejar keampunan ALLAH.

mafhum dari sebuah hadis:
rasulullah s.a.w naik ke mimbar kemudian amin sebanyak tiga kali..kemudian nabi s.a.w bersabda:jibril a.s telah datang kepadaku kemudian dia berkata barang siapa yang datang kepadanya ramadhan tetapi tidak diampunkan dosanya maka neraka baginya dan dijauhkan dari ALLAH.

semoga kita dapat bersiap-sedia untuk menghadapi bulan yang penuh barakah ini..

Aku hiPokrit

| | 3 comments »
salam

aku pasrah ketika diriku terjatuh.bagaikan kertas melayang2.perlahan2 menunggu saatnya.memori kehidupan berulang dalam sekelip mata.penuh dengan kelalaian.jauh dari keimanan.menimbulkan rasa penyesalan dalam setiap perkara.tiada kekuatan mampu mengubah kecuali pengampunan-NYA.empangan air mata mula terisi setelah sekian lama kekeringan.dan jatuh berderai memecah keegoan.

adakah air mata ini satu keinsafan ataupun hanya satu umpan simpati.aku kekeliruan.hati bercampur-baur.cuba mencari jawapan didalam kegelapan malam.membawa diri kepada situasi yang sunyi dan tenang.kegelisahanku terserlah.sahabatku tertanya.aku memohon maaf kerana tidak mampu meluahkan apa yang menganggu.rutinku menyimpan segala permasalahan.bimbang diri ini akan mengulang tuntutan nasfu.menjadikan aku hipokrit.

wajah si anak kecil riang dan bersih memecah persoalan kehidupan.rahmat-NYA sentiasa memanggil.tapi hati tetap diam membatu.menyimpan segala bebanan.keinginan untuk hidup kian pudar.putus harapan dalam menjalani ujian harian.mengharapkan satu noktah penghabisan.

sekian terima kasih.

semoga ALLAH memberkati

| | 1 comments
salam

untuk pengetahuaan semua aku baru dapat anak saudara baru..jadi post kali ni khas untuk anak2 saudara aku..semua anak saudara aku lahir pada bulan 6 kecuali sorang..apa2 pon aku harap korang sume mendoakan mereka menjadi mujahid dan mujahidah islam dan sentiasa menjadi yang terbaik disisi ALLAH dan kedua ibu bapa mereka..amin ya rab.

muhammad hafizuddin bin ihsan
-|29.5.2006|-



hamzah bin mus'ab
-|4.6.2007|-


ammar bin ihsan
-|4.6.2008|-

muhammad al-fateh bin aswandi
-|5.6.2009|-


sofiyyah binti mus'ab
-|21.6.2009|-


semoga ALLAH memberkati kehidupan mereka..sekian terima kasih

everythings connected

| | 2 comments »
salam

ya mengikut pandangan aku la semua benda di dunia ini ada kaitan atau terikat dengan yang lain..sebagai contoh:kereta ada kaitan dengan petrol,lelaki ada kaitan dengan perempuan,pen ada kaitan dengan kertas,dan macam2 lagi la.

tapi aku bukan nak citer pasal harga minyak ataupun pasal hubungan lelaki dan perempuan.apa yang tertera diatas hanyalah sekadar contoh.tapi still ada kaitan sikit2 la..hehe..jadi isu yang ingin aku paparkan hari ini adalah mengenai perbuatan dosa mepunyai ikatan dengan dosa yang lain.

aku akan bagi contoh situasi untuk menyokong statement aku diatas:

abu mencuri duit ibunya kemudian perbuatannya terkantoi,kemudian abu menipu ibunya,kemudian duit poket abu disekat menyebabkan abu kemarau duit jadi abu mengambil tndakan drastik dengan merompak kedai runcit ketika abu merompak kedai runcit abu telah menembak mati pekerja kedai runcit tersebut dan seterusnya sampai la abu mati.

contoh yang aku bagi mungkin terlalu extreme tapi itulah yang terjadi pada masa kini.dalam menjalani kehidupan sebagai seorang insan kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan.mafhum dari sebuah hadis -|setiap dari anak adam itu melakukan kesalahan dan sebaik2 orang yang melakukan dosa adalah orang yang bertaubat|-

jadi situasi yang aku beri tidak akan berlaku jika seseorang itu menyesali akan kesalahan yang dia buat dan mencari penyelesaian yang terbaik.kita harus mencuba untuk mengelak dari melakukan dosa walaupun sekecil2 dosa kerana ianya mungkin membawa kepada dosa yang lebih besar.itu sahaja untuk kali ini.sekian terima kasih.

-|think before you act|-

17 again

| | 1 comments
salam

selalunya orang akan cakap pasal kembali ke masa lepas..macam dalam citer "back to the future" ataupun macam dalam citer "proposal daisakusen"..ada pari2 tua yang memberi halellujah chance..tapi camne lak kalau kita kembali muda pada masa sekarang.

apa kita nak buat?

obviously kalau citer pasal kembali muda mesti la pasal energy,mencuba sesuatu yang baru,kelajuan otak berfikir,fashion,(betul ke?)..ada orang kata "kecil di manja,muda foya2,tua kaya-raya,mati masuk syurga"..hahah..mengarut betul..ok xkesa la tu sume bergantung pada diri korang sendiri la..

kalau aku muda balik aku nak main bola sampai hebat..nanti boleh join pro..bile da tua boleh jadi coach..kalau aku muda balik aku nak triking tiap hari..nanti da tua saket tulang pulak..kalau aku muda balik aku nak buat bungee jump kat menara KLCC..baru cool..kalau aku muda balik aku nak repeat spm aku..kalau da tua malu nak repeat..kalau aku muda balik aku nak join kelab untuk org muda je..(kelab ape?)..kalau aku muda balik aku nak selalu solat kat surau..da tua malas nak jalan..kalau aku muda balik aku nk hafiz quran..kalau da tua susah nak hafal..macam2 nak pikir..dan macam2 lagi la yang korang nak buat.

ok senang citer masa muda ni la korang nak buat macam2..tapi korang kena pikir gak akibat kepada segala perbuatan korang..ke mana hasil perbuatan korang akan dikategorikan..baik atau buruk?..masa muda kita adalah untuk membentuk masa depan kita..masa muda la kita nak banyak sikit buat baik..da tua nanti sibuk..nak keje la..nak layan anak2 la..nak baya bil umah la..macam2 lagi la..

mafhum dari sebuah hadis:
ingat lima perkara sebelum lima perkara:1.muda sebelum tua 2.sihat sebelum sakit 3.kaya sebelum miskin 4.lapang sebelum sempit 5.hidup sebelum mati.

jadi korang pilih la sendiri macam mana korang nak menghabiskan masa muda korang..
buat pilihan dengan sebaiknya..jangan tunggu nasi menjadi bubur..sekian terima kasih.

salah faham

| | 2 comments »
salam

post kali ni aku mulakan dengan satu cerita..jadi tolong beri perhatiaan..

satu hari seorang bapa diambang maut memanggil kedua2 anaknya untuk menyampaikan wasiat terakhir..

wasiat pertama:jangan menagih hutang kepada orang yang berhutang dengan kamu.
wasiat kedua:jangan terkena cahaya matahari jika pergi ke tempat kerja.

bapa pun meninggal..beberapa tahun kemudian si ibu bertanya khabar anak2nya..

anak pertama:disebabkan saya mengikuti arahan bapak,saya kerugian kerana tak boleh meminta hutang dan terpaksa pergi kerja menaiki kereta walaupun dekat..belanja meningkat.

anak kedua:ayah pesan jangan menagih hutang jadi saya tidak memberi hutang kepada orang lain..dan saya ke pejabat sebelum matahari terbit..jadi saya tidak terkena cahaya matahari..

-|the end|-

ok cerita ni menceritakan bagaimana sebuah ayat boleh menghasilkan dua kefahaman yang berbeza..jika kita berfikir secara positive.segala kesulitan adalah batu loncatan untuk kita berjaya.jika kita mentafsirkan segala arahan adalah untuk membantu diri kita pasti kita beroleh kejayaan..pilihan ditangan anda

-|melakukan hal biasa dengan cara yang luar biasa|-

sekian terima kasih.